Monday, March 12, 2012

IBU

angin malam betiup . kedengaran geseran dedaun gugur menyembah bumi . jam sudah menunjukkan pukul 11.45 malam . tetapi ak masih di sini . terus menekan papan kekunci di hadapan ak . fikiran ak kosong . tetapi . jejari ak masih mahu ligat menekan dan terus menaip . entah apa yang ak fikirkan sekarang . . .. fikiran dan hati tidak bersependapat . ak cuba untuk memahami . teringat kenangan yang sering datang menyinggah ke benak fikiran ak . perasaan sayu mula menyerang . ak terus mengawal emosi ak agar tidak terjatuh dalam kancah kesedihan . kehidupan setelah tamat persekolahan memberikan ak seribu satu pengajaran dan pengalaman . walaupun bukan ini yang ak bayangkan . bukan ini yang ak harapkan . ak tetap bersyukur . keputusan SPM semakin hampir . ak terus menghitung hari . persoalan yang sama sering diajukan kepada ak . ak hanya mampu tersenyum dan terus memberikan senyuman kosong . ketakutan yang teramat sangat ak sorokkan . cuba berlagak tabah dan tenang . apakah yang akan terjadi kepada ak pada masa hadapan kelak . ingin sekali ak mengetahui jawapannya .

tanpa ak sedari . air jernih mula bertakung dan mengaburkan penglihatan ak . ak terfikirkan kehidupan di saat berjauhan ibu . adik . dan kakak kelak . mampukah ak ? mampukah ak menempuh segala ujian dan liku hidup tanpa mereka ? ak takut untuk mengetahui jawapan untuk soalan ini . terkadang ketika leka menonton tb . ak terkenangkan ibu yang sedang berhempas pulas di tempat kerja untuk membayar segala bil yang datang bertandang ke rumah . ingin . ingin sungguh ak membantunya . tetapi apakan daya ak . ak tidak berduit . ak tidak berkerja . namun ! mungkin ak tidak berduit . ak tidak mampu membantunya dari segi kewangan . yang ak punya hanyalah kudrat . dan itulah yang ak hadiahkan kepada ibu . walaupun tidak banyak yang mampu ak berikan . disudut hati . ak berharap ibu berbangga mempunyai anak seperti ak . ibu bukan seperti ibu yang lain yang sangup melakukan apa sahaja untuk mengikut kemahuan nak mereka yang bertuhankan nafsu dan hiburan . itu memang bukan sifat ibu . bagi ak kasih sayang ibu yang ibu curahkan setiap saat . minit . jam . hari dan tahun . dan selama ak berhijrah ke dunia ini . amat bernilai dan berharga . ciuman yang ibu beri setiap kali selesai solat atau sebelum berangkat ketempat kerja . memberikan ak kebahagiaan dan kegembiraan yang tidak dapat ak tulis atau huraikan . atau gambarkan . ianya hanya dapat dirasai dan disimpan . ak sangat bahagia . teramat sangat . YA ! terlalu gembira . . .....